Wednesday, April 6, 2011

...LIDAH BUAYA...



LIDAH BUAYA @ ALEO VERA


Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrikadan Madagascar dan telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi AlgeriaMoroccoTunisia, serta kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.


sy punyer aloe vera..... (*_^)



Antara khasiat aleo vera ialah :


  • Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
    Kehadiran polisakarida dan monosakarida di dalam Lidah Buaya akan melindungi kulit daripada penuaan dan membantu kulit agar sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan proses penuaan normal mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. Ia juga menggalakkan
    lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit.

    Selain itu, agen anti oksidan seperti beta karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan peng-gabungan sel. ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, agen anti oksidan seperti beta
    karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.

    Dalam perawatan ayurveda misalannya, lidah buaya dikenali sebagai ‘Kumari’ atau ‘gadis’ kerana ia ipercayai dapat mengembalikan tenaga dan turut digunakan untuk tujuan awet muda. Kajian klinikal manusia yang dilakukan oleh The Korean Food and Drug administration (FDa) dengan minuman Lidah Buaya menunjukkan penurunan yang ketara ke atas kedutan wajah dan meningkatkan elastisiti kulit wajah. Kesemua responden diminta mengambil 1.2g/d minuman lidah buaya selama 3 bulan.

  • Sembuhkan Luka dan Mampu Untuk Menghilangkan ParutLidah Buaya tidak bertoksik dan banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional di China, Jepun, dan India. Walaupun ia dikatakan amat baik untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, terdapat bebe-rapa kajian lain yang menunjukkan sebaliknya.Selain berupaya menyembuhkan luka, Lidah Buaya dikaitkan dengan khasiatnya yang mampu meredakan kandungan gula dalam darah serta mampu meredakan kanser-kanser tertentu. Malangnya, suntikan ekstrak Lidah Buaya yang diberikan kepada beberapa pesakit kanser didapati tidak berkesan. Walaupun begitu, keberkesanan Lidah Buaya dalam bidang rawatan kecantikan tidak boleh dinafikan.
    Ekstrak Lidah Buaya mempunyai enzim yang akan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit kulit.
    Kajian di Afrika Selatan menunjukkan pengambilan dalaman Khasiat Lidah Buaya sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat. Dikatakan polisakarida yang terkandung di dalam daun lidah buaya memberikan kesan biologikal termasuk penyembuhan luka, aktiviti anti kulat,kesan anti diabetik dan kesan anti keradangan.Kandungan aloectin B dalam Lidah Buaya menstimulasi sistem imun dan membuatkan ia menjadi bahan terbaik untuk menyembuhkan luka terbakar. 
    Selain itu, sejenis bahan lain dalam Lidah Buaya iaitu szponin juga memiliki kemampuan sebagai pembersih dan anti septik yang menjadikan gelnya sangat efektif untuk mengubati luka terbakar.
     Bahan selulosa dalam gel Lidah Buaya mampu menembus dan meresap ke dalam kulit dan menghalang cairan tubuh pada wajah yang mengakibatkan berlakunya kulit kering.Masyarakat arab menggunakan Lidah Buaya bagi menyembuhkan bekas luka. Luka yang telah kering akan disapukan dengan Lidah Buaya agar ia tidak menjadi parut atau menjadi lebih teruk. Kandungan lignin dalam Lidah Buaya mampu tembus dan meresap ke dalam kulit membuatkan ia baik untuk mengubati luka.Tumbuhan ini juga mengelakkan kulit daripada menjadi kering kerana ia mampu mengawal kehilangan air dari dalam tubuh. Pemakaian lidah buaya pada kulit secara berterusan juga akan menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut.Bagi masyarakat Melayu pula, mereka percaya apabila menyapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang tercedera, luka lebih mudah sembuh.

    Petua orang Melayu dahulu kala pula, lendir lidah buaya akan disapukan pada bulu mata untuk melentikkannya.
    Selain masalah ruam, kulit yang dijangkiti kulat juga boleh dikurangkan dengan meletakkan lendir lidah buaya pada bahagian bermasalah. Lidah buaya mengandungi anti biotik yang mampu merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang tercedera.Lain pula dengan masyarakat China, mereka mengamalkan lidah buaya dengan menyapu lendirnya pada seluruh wajah bagi menaikkan seri muka serta mempercepatkan penyembuhan jerawat.Masyarakat Cina juga banyak menggunakan Lidah Buaya dalam perubatan tradisional mereka. Lidah Buaya digunakan oleh mereka untuk mengatasi masalah cacing.
SOMETHING YANG SANYA NAK SHARE.....
  1. Daun lidah buaya jugak bleh guna untuk MERAWAT SAKIT GIGI, ambil isinya dan letakkan kat gigi yang sakit. Biarkan selama dua hingga tiga jam. Then, u can feel much better....
  2. Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu MEMUDARKAN PARUT 
    *Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...
  3. Bley jugak lumurkan lendir aleo vera nie kat rambut korang. Aleo vera nie sangat bagus untuk menggalakkan pertumbuhan rambut serta menyuburkan rambut ( untuk yang rambut gugur tersangat-sangatla baik). At the same time,  aleo vera nie jugak memberikan kelembapan semulajadi, Vitamin, dan Mineral. Lagi satu,, kalau amalkan benda nie,, kelumumur pun insyaALLAH bley 'dihapuskan'...
    *
    Cara menggunakan lidah buaya untuk rambut ialah dengan mengambil daun lidah buaya yang berukuran besar dan isi yang banyak.Kemudian belah daun lidah buaya tersebut kepada dua bahgian dan ambil isi/lendirnya .Lumurkan isi/lendir tadi pada keseluruhan bahagian kepala hingga serata.Biarkan selama 10 hingan 15 minitKemudian cuci sampai bersihLakukan secara rutin dua kali dalam dua minggu.
  4. Bley jugak digunakan untuk MELENTIKKAN BULU MATA... Ambik lendir lidah buaya then sapukan kat bulu mata anda at least 2x sehari.. Amalkan dalam masa seminggu secara berturut-turut.. insyaALLAH, u can get the most beautifullll eyelash..!!

    ** yes! saya memang sukakan kecantikan and i know that most of u out there pon 2x5 jew kn..?? So, for me,  if we desire something, it is not impossible we will get it as long as we work hard,finding the information, asking and try to do it.
    SO,, selamat mencooba... ! :)